Tuesday, July 20, 2010

Balik Kampung...dari KL-KB-PP

19/07/2010,isnin..

Pukul 2.00 petang MBZ blah dari asrama,ambik cuti sendiri selama semingu.blah dari asrama sebab pagi tadi baru habis oral.kluar la kita dari asrama untuk tunggu bas.
lebih kurang pukl 2.30@45 petang,bas cityliner merah timbul lah ia.dengan megah nya MBZ menahan bas Merah tu.bayar la tambang lebih kurang rm3.30 .murah jer.

Dipendekan cerita,kali ni MBZ dah tukar bas yang kedua untuk sampai ke Destinasi ku.
semasa dalam bas dalam keadaan gembira kerana lama dah xbalik kmpung.naik la kita atas bas dan cari tempat duduk yang kosong....

Maso nok duduk ku ternampak sorang mat salleh yang handsome gak la.
so,in my mind "bilo ag aq nk try speaking ngn mat salleh ni "

jadi apakah tindakan MBZ rasa-rasa,try to guess ???

kali ni ku bertekad untk bertekad utk "speaking" gok..

first time aku dengan aku ucap

hello,mari mano ag?

mat saleh tu said "hello,what u said i dnt understand "

aku pom balas " where u from " dengan suaro yg slow skit.

mat saleh dengan kebingungan "ah,u mean my name "

a'ah,aku pom anguk je la and say yes.

my name is jack.

sini lah start perbualan yg best woo(walaubagaimana pom BI aku hancur gak tu mat salleh jadi bingung ngn aku).
so,start our conversation

MBZ>where are u going

Mat Salleh >KB Mall,where is KB mall.

MBZ>KB Mall After trafic light.

MBZ>where u from ?

Mat Saleh>i'm from england ,britian island.where u from?

MBZ>i'm from here ,kelate.do you visit kelate as tourist or u have work at here?

Mat Salleh>i've work here just for a while and be tourist.

MBZ>What's ur job

Mat Saleh >internet desinger and photographer..

...........
nanti aku sambung sat ag..

Syafawi dah habis...

19/07/2010,hari isnin.

aku telah diisytiharkan "bebas" dari tekanan yang teramat sangat buat sementara waktu la.
Semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia 2010 diwajibkan menjalani ujian syafawi yakni "oral" dalam bahasa mat saleh kot?.
Didalam Syafawi ini terbahagi kepada 3 bahagian :

1.al-quran
calon-calon STAM perlu menjawab 3 soalan iatu 3 surah yang dihafal oleh calon-calon STAM.Surah-surah yang perlu dihafal calon ialah :ar-rum,loqman dan as-sajadah.
Setiap satu soalan pulak terbahagi kepda 3 permakahan iatu fasohah,tajwid dan makhraj.
Markah bagi ketiga-tiga soalan adalah 30 markah.

2.Hadis.
calon-calon STAM perlu menjawab 3 soalan hadis .disini pulak calon-calon perlu menghafaz 10 hadis yang dipelajari oleh calon-calon STAM.Bahagian hadis pulak mementingkan baris yg dibaca.biasa jer.Markah bagi ketiga-tiga soalan adalah 30 markah jugak

3.Mutalaah.
Mutalaah ini lah kemungkinan menjadi soalan yang senang dan kemungkinan akan menjadi soalan yg payah utk calon.ini terpulang kepda calon kalu terer bahasa arab gak insyalah it will be easy..dalam soalan ni pulok terbhgi kepd 3 bahagian :
3.1 membaca teks yg disediakan tanpa baris
3.2 menjawab soalan yg dikemukan oleh pen"oral" dan menjawab berpandukan teks
3.3 hiwar@perbualan /memberi 5 isi mengikut kehendak soalan/

Alhamdulilah,
al-quran dan hadis dapat dijawab dengan baik ,
tetapi mutalaah MBZ mungkin mendapat markah yang biasa2 jer kot coz MBZ main bedil jer baca teks dalam bahasa arab tanpa baris.
walaupun MBZ bersyukur kepada allah s.w.t memudah kan syafawi MBZ ni..

~p/s:wahai calon-calon stam 2010 kaba gak skit.Tahun Last ni utk kito,wat molek la.
tahun depan 2011 ,selaras semua negeri STAM thun depe keno 2 tahun..
pahtu kena hafaz 7 suroh dan 6 tilawah.semua subjek akan ditambah 18 tajuk lagi.
Jadi pikir2 lah deh

Saturday, July 3, 2010

{ Taman-Taman Syurgawi : Awas Muslimah !! Gambar-Gambar Antunna @FB di Ambang Fitnah !! } Kongsi

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna,MBZ Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

#'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'#.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini MBZ sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Baca Selanjutnya --> Superimpose
Superimpose


Demi Kasih dan Cinta MBZ kepada Antunna, Sekali Lagi MBZ pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.


SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, MBZ Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

wassalam
~MBZ~

Friday, July 2, 2010

Misi Dakwah: Kisah Penggali Kubur

السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــ...مِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku te...lah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu." Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu." Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umatku (Rasulullah)," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya Kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."(Surah an-Nahl: ayat 125)

*P/S :JADI DIMANAKAH KITA..
ADKAH KITA TERMASUK GOLONGAN YG DIAZAB OLEH ALLAH S.W.T ATAU GOLONGAN YG DBERI NIKMAT OLEH S.W.T..
INGAT LAH KUBUR ITU MNGKIN AKAN MNJDI LUBANG DARIPD LUBANG2 NERAKA.
DAN MNGKIN MNJADI SALAH SATU TAMAN DARIPADA TAMAN SYURGA..
ALLAHUAKBAR!!!!!